mutakhir

Kuching banjir lagi [METROTV]

Oleh Mohd Roji Kawi

Kuching: Hujan lebat berterusan sejak tengah malam tadi menyebabkan banjir di beberapa kawasan rendah, hari ini.

Air membanjiri kediaman penduduk mulai jam 8 pagi menyebabkan ramai kelam-kabut memindahkan barangan serta kenderaan.

Tinjauan di Taman Desa Wira, skim penempatan semula Desa Wira serta Kampung Sinar Budi Baru di Batu Kawa mendapati kira-kira 30 kediaman penduduk dinaiki air.

Banjir turut dilaporkan berlaku di kawasan Samariang, Matang, Kota Sentosa, Stampin serta kawasan Batu Tiga.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, anggota sudah digerakkan di seluruh kawasan berisiko bagi memantau keadaan.

"Anggota juga sudah bersiap sedia untuk melaksanakan tugas pemindahan jika keadaan memerlukan," katanya.

Disiarkan pada: March 18, 2023 @ 11:03am
d