mutakhir

Tak puas hati dengan Mat Dani punca kecoh di Pasir Salak

Oleh Muhamad Lokman Khairi

Pasir Salak: Pemilihan Umno Bahagian Pasir Salak dicemari insiden kekecohan apabila sekumpulan lelaki bertindak memasuki Dewan Felcra Seberang Perak, di sini, ketika proses pengiraan undi pada jam 8.20 malam hari ini.

Difahamkan, 10 individu dipercayai tidak berpuas hati dengan seorang penyokong Khairul Azwan yang dikenali sebagai 'Mat Dani'.

Salah seorang daripada kumpulan terbabit mendakwa Mat Dani bertindak keterlaluan kerana meraikan kemenangan Khairul Azwan.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya dileraikan oleh petugas keselamatan dan anggota polis.

Disiarkan pada: March 18, 2023 @ 9:25pm
d