mutakhir

Husam dilantik Pengerusi SPNB

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Husam ketika dihubungi mengesahkan lantikan itu namun enggan mengulas lanjut.

"Saya belum masuk pejabat lagi, Insya-Allah cadangnya hari Khamis. Nanti selepas itu (beri kenyataan)," katanya ketika ditanya berhubung pelantikannya itu.

Terdahulu, sebuah portal memaklumkan pelantikan Husam sebagai Pengerusi SPNB.

Husam yang juga bekas calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pasir Mas sebelum ini pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Husam tewas kepada calon PAS, Ahmad Fadhli Shaary.

Mantan Pengerusi PH Kelantan itu pernah menjadi Naib Presiden Pas dan menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan dalam kerajaan negeri pada 2008.

Disiarkan pada: March 21, 2023 @ 4:16pm
d