mutakhir

Kanak-kanak maut digilis treler ketika pulang dari sekolah

Oleh Norzamira Che Noh

Klang: Kanak-kanak perempuan meninggal dunia manakala adik lelakinya cedera selepas motosikal yang dibonceng bersama jiran dilanggar treler di Jalan Tengah, Kampung Telok Gong dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, dalam kemalangan berkenaan, mangsa, meninggal dunia berusia 9 tahun manakala adik lelaki, 7, dan pengasuh yang juga jiran iaitu seorang wanita berusia 54 tahun cedera.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pada 11.25 pagi dan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang digegaskan ke lokasi.

"Kemalangan membabitkan treler yang melanggar motosikal yang dinaiki tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kemalangan itu berlaku ketika wanita yang juga pengasuh dalam perjalan pulang ke rumah selepas mengambil dua beradik itu dari sekolah.

Katanya, mayat kanak-kanak perempuan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya manakala dua mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

Disiarkan pada: March 22, 2023 @ 2:54pm
d