mutakhir

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di lima negeri sehingga 4 petang ini.

METMalaysia dalam kenyataan berkata, ramalan cuaca itu membabitkan Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak serta Segamat,Johor.

Menurutnya, di Pahang cuaca sama dijangka di Kuantan, Pekan dan Rompin

" Cuaca sama turut dijangka berlaku di Pahang iaitu di kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin serta di Sarawak membabitkan Kuching, Serian (Serian), Samarahan, Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Miri (Miri dan Marudi).

"Selain itu, Sabah pula dijangka Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan)," katanya.

Disiarkan pada: March 24, 2023 @ 2:58pm
d