mutakhir

Suami maut, isteri cedera motosikal rempuh pacuan empat roda

Oleh Mohamad Fahd Rahmat

Mersing: Suami maut manakala isteri cedera selepas motosikal dinaiki merempuh sebuah pacuan empat roda yang sedang membelok di kilometer (KM) 10 Jalan Endau - Mersing, di sini 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, mangsa berusia 28 tahun maut akibat parah di kepala dan badan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Kemalangan membabitkan sebuah Toyota Hilux dipandu warga tempatan berumur 69 tahun dan sebuah motosikal Honda RSX yang dinaiki sepasang suami isteri warga tempatan berumur 28 dan 22 tahun.

"Pemandu pacuan empat roda itu hendak ke Kampung Sri Pantai sedang keluar simpang sebelum dilanggar oleh motosikal dari arah Mersing.

"Kejadian menyebabkan penunggang motosikal parah di kepala dan badan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Manakala isterinya cedera di kepala dan dirawat di Hospital Mersing. Pemandu Toyota Hilux tidak cedera," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Sesyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

habis

Disiarkan pada: May 15, 2023 @ 9:25am
d