mutakhir

Bilik pencawang di Mid Valley terbakar [METROTV]

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Bilik pencawang di pusat beli-belah Mid Valley di sini, terbakar, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila api marak dari bilik pencawang di bangunan terbabit.

Kebakaran itu dapat dilihat oleh pengguna jalan raya yang melalui Lebuhraya Persekutuan berhampiran pusat membeli-belah terbabit.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur sedang giat memadam kebakaran di premis terbabit.

Setakat ini, ratusan individu diarah keluar dari bangunan pusat beli-belah berkenaan bagi kerja-kerja pemadaman.

Berita berkaitan:

Pihak pengurusan tutup sementara Mid Valley Megamall

Disiarkan pada: May 17, 2023 @ 11:40am
d