mutakhir

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes penipuan babit RM13 juta

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 58 tahun bagi membantu siasatan kes berhubung penipuan.

Menurut kenyataan Polis Pulau Pinang, lelaki berkenaan dikenali sebagai Mohd Jamal Omar dengan alamat terakhirnya di Villa Mawar No 7, Jalan MP 11, Melaka Perdana Resort Homes, Bukit Katil, Melaka.

Katanya terdahulu, sebuah syarikat tempatan membuat laporan polis mengenai penipuan dalam urusan jual beli sarung tangan yang dilakukan pemilik sebuah lagi syarikat tempatan.

"Ia membabitkan penipuan kira-kira hampir RM13 juta pada tahun 2020 dan susulan itu, pihak polis sedang mengesan Mohd Jamal bagi membantu siasatan.

"Lelaki berkenaan berusia 58 tahun dengan alamat terakhirnya di Bukit Katil, Melaka," katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi PDRM Pulau Pinang, di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, lelaki terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di talian 04-2221779 atau 012-4937979.

habis

GEORGETOWN 18 MEI 2023. Polis sedang mengesan individu bernama Mohd Jamal Omar berusia 58 tahun bagi membantu siasatan kes berhubung penipuan.NSTP/FOTO IHSAN PDRM

From: Nini

Disiarkan pada: May 18, 2023 @ 10:01am
d