mutakhir

Misi cari Hawari sehingga 28 Mei

Oleh Samadi Ahmad

Putrajaya: Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, diteruskan hari ini sehingga 28 Mei.

Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak, 35, berkata, SAR kini memasuki hari kelima.

"SAR membabitkan enam malim gunung yang dipecahkan kepada dua kumpulan melibatkan pencarian di kem dua dan tiga," katanya.

Hawari yang berjaya menawan puncak Everest, Khamis lalu, dilaporkan hilang selepas keluar secara bersendirian pada pagi Jumaat.

Terdahulu, pihak berkuasa Nepal mengumumkan danmengeluarkan notis penutupanaktiviti mendaki ke puncak Everest bermula 28 Mei ini dan sekiranya jasad Hawari tidak ditemui beberapa prosedur perlu dipatuhi seperti yang dikeluarkan pihak berkuasa negara itu.

Berita berkaitan:

'Marilah kita titipkan doa buat Hawari'

'Kita doakan agar keajaiban berlaku'

Ibu rayu rakyat Malaysia doakan keselamatan Muhammad Hawari [METROTV]

Solat hajat mohon keselamatan Muhammad Hawari

Kali terakhir Hawari dapat dihubungi selepas berjaya tawan puncak Everest

Pencarian pendaki Everest hilang giat dilaksana

Pendaki ME 2023 hilang selepas tawan puncak Everest

Disiarkan pada: May 23, 2023 @ 4:50pm
d