mutakhir

Jenazah mangsa hamil dibunuh selamat dikebumikan [METROTV]

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Sungai Besar: Jenazah wanita hamil empat bulan yang dibunuh dan dibakar, Isnin lalu selamat dikebumikan di sini, hari ini.

Majlis pengebumian yang selesai pada 8.25 malam itu dihadiri ribuan orang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat, jiran dan penduduk kampung.

Terdahulu, mayat wanita berusia 21 tahun itu selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Sungai Buloh hari ini. Jenazah kemudian dibawa dengan kenderaan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) dan tiba di sini pada 7.23 malam.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbakar di kawasan belukar kebun kelapa sawit Jalan Sungai Limau, di sini, Isnin lalu.

Keputusan bedah siasat mendapati punca kematian adalah kerana tikaman di dada pada badan yang melecur.

Disiarkan pada: May 26, 2023 @ 8:43pm
d