mutakhir

Mohon permit khas lanjut SAR Muhammad Hawari

Oleh Samadi Ahmad

Putrajaya: Kelab Eksplorasi Altitud Malaysia melalui Kedutaan Malaysia di Nepal akan membuat permohonan permit khas bagi melanjutkan tempoh pencarian pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim, 33,yang hilang di pergunung Everest sejak Jumaat lalu.

Presidennya yang juga Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak, 35, berkata, Isnin ini aktiviti pendakian ke Everest akan ditutup secara rasminya dan pihaknya sedang berusaha mendapatkan permit khas itu.

Menurutnya, ia bagi membolehkan pihaknya meneruskan misi mencari dan menyelamat (SAR) dengan membawa beberapa teknologi daripada Malaysia untuk membantu misi SAR seperti inframerah, kamera dan pengesan haba serta peralatan berteknologi tinggi lain.

Katanya, sebelum ini SAR

tertumpu di bahagian atas gunung dikenali sebagai 'zon kematian' membabitkan enam malim gunung dan tinjauan melalui helikopter sehingga ketinggian 8,300 meter dari aras laut namunmasih buntu.

"Semalam juga pencarian digiatkan melalui darat membabitkan enam malim gunung di kawasan Kem Dua termasuk pencarian udara menggunakan dua helikopter," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kehilangan Muhammad Hawari memasuki hari ketujuh selepas beliau dilaporkan hilang Jumaat lalu,

Beliau berjaya menawan puncak Everest, Khamis lalu.

Disiarkan pada: May 26, 2023 @ 10:00pm
d