mutakhir

Remaja maut dipercayai dipanah petir

Oleh Izz Laily Hussein

Iskandar Puteri: Remaja lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia dipercayai terkena panahan petir dekat Pulau Merambong di sini, pagi tadi.

Ketika kejadian, remaja itu bersama bapanya menaiki bot untuk mengambil jaring yang dipasang untuk menangkap ketam, malah cuaca ketika itu hujan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian berlaku pada 8.15 pagi dengan dua beranak itu dikatakan sedang mendapatkan pelampung yang menarik jaring.

"Jaring itu dipasang semalam dan hanya mangsa bersama bapanya yang berusia 60 tahun berada dalam bot berkenan.

"Bapa mangsa tidak cedera, namun tercampak ke hujung bot berdekatan enjin dan sempat menarik tangan mangsa sebelum, dibantu nelayan yang berada berhampiran tempat kejadian," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Disiarkan pada: June 30, 2023 @ 1:45pm
d