mutakhir

Kereta terbakar di kawasan lapang, pemandu rentung

Oleh Erika George

Sri Aman: Individu tidak dikenali ditemukan rentung dalam kereta berhampiran Kampung Nanga San di Jalan Brayun-Sri Aman di sini, hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada 10.04 pagi sebelum sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati api marak memusnahkan sebuah kereta di kawasan lapang berhampiran kampung terbabit.

"Selepas api berjaya dipadamkan dalam tempoh sejam, kami menemukan mayat seorang individu yang belum dapat dikenal pasti rentung," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, identiti mangsa belum dikenal pasti dan mayat diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Disiarkan pada: July 19, 2023 @ 9:49pm
d