mutakhir

Unit Pemusnah Bom periksa objek di kereta Siti Kasim

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Unit Pemusnah Bom (UPB) tiba di pusat servis kenderaan di Jalan Maarof, Bangsar di sini bagi melakukan pemeriksaan ke atas objek yang ditemui di kereta milik peguam dan aktivis sosial, Siti Kasim.

Kawasan berhampiran pusat servis kenderaan turut ditutup kira-kira 100 meter kepada orang awam.

Pemilik kenderaan di pusat servis berkenaan turut diminta untuk mengalihkan kenderaan masing-masing.

Turut hadir di lokasi kejadian ialah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Terdahulu, Siti Kasim dalam siaran langsung Facebook mendakwa keretanya diletakkan objek menyerupai bom.

Siti Kasim berkata, dia menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya itu ke pusat servis pada jam 12 tengah hari.

Disiarkan pada: July 21, 2023 @ 3:25pm
d