mutakhir

Beberapa faktor boleh sebabkan pesawat hilang kawalan - Pakar

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Terdapat beberapa faktor iaitu enjin pesawat tiba-tiba tidak mengeluarkan tujahan, ketidakseimbangan pesawat dan kawalan pesawat tergendala boleh menjadi penyebab pesawat hilang kawalan.

Ketua Penerbangan Mencari dan Menyelamat Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata, ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan pesawat hilang kawalan.

Menurutnya, antaranya adalah engine flameout iaitu keadaan di mana enjin pesawat secara tiba-tiba tidak mengeluarkan tujahan dan jika salah satu enjin mengalami keadaan sebegini, pesawat akan berputar pada paksi tertentu.

"Lazimnya orientasi pesawat dapat dibetulkan kerana satu lagi enjin berfungsi tetapi jika pesawat berada pada ketinggian yang rendah, ada kemungkinan orientasi pesawat tidak dapat dibetulkan pada masa yang singkat.

"Satu lagi faktor ialah ketidakseimbangan pesawat kerana pusat gravitinya adalah di luar sampul keselamatan," katanya kepada Harian Metro.

Mohd Haridon berkata, setiap pesawat ada pusat gravitinya dan adalah penting untuk memastikan pusat graviti pesawat berada pada julat yang ditetapkan oleh pengeluar pesawat.

"Selalunya overloading atau loading yang tidak sempurna akan membuatkan pusat graviti pesawat berada di luar sampul keselamatan.

"Kita perlu menyiasat sama ada kargo-kargo pesawat diletakkan secara betul dan optimum serta sama ada jumlah berat kargo terbabit adalah tidak melebihi had yang telah ditetapkan oleh design limit atau limitasi rekaan," katanya.

Beliau berkata, faktor lain yang perlu diambil kira adalah kawalan pesawat tergendala iaitu control freeze di mana elevator pesawat secara tiba tiba tidak berfungsi.

"Selain itu, input juruterbang pada komponen-komponen lain pesawat, seperti aileron, tidak mendapat reaksi yang sepatutnya dari pesawat.

"Kita perlu melihat data-data dari kotak hitam pesawat untuk menilai sama ada pesawat mengalami kegagalan sistem kawalan," katanya.

Katanya, jika ada kegagalan sistem, nilai-nilai pada data terbabit adalah tidak nominal dan itu membolehkan pihak berkuasa membuat kesimpulan akan julat masa kegagalan itu.

"Perlu diingat bahawa segala kemungkinan ini perlu disertakan dengan bukti-bukti yang utuh untuk memastikan unjuran ini adalah tidak berbentuk spekulasi semata-mata.

"Dengan itu, pengumpulan bukti-bukti adalah wajar dan ia selari dengan prinsip penyiasatan iaitu kesimpulan dibuat berdasarkan entiti-entiti yang kukuh.

Sementara itu, Pakar penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata, banyak perkara yang boleh menyebabkan kejadian pesawat terhempas itu berlaku.

"Keadaan cuaca langsung tidak memainkan peranan kerana kita ketahui keadaan cuaca termasuk kelajuan angin adalah baik.

"Oleh itu, pihak Suruhanjaya Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan menumpukan perhatian terhadap keadaan pesawat untuk mencari bukti-bukti atau petunjuk berbentuk teknikal terlebih dahulu sebelum memperolehi data kotak hitam yang perlu diproses terlebih dahulu.

"Sekiranya tiada masalah teknikal ditemukan, barulah mereka akan cari bukti sekiranya kemalangan terbabit adalah disebabkan oleh kesilapan manusia," katanya.

Berita berkaitan:

Johari naik pesawat atas urusan kerja - Speaker DUN Pahang

Ujian DNA waris mangsa di IPD Klang Selatan

Enam mayat sudah ditemui

Ada mayat sempurna - Dr Zaliha

'Adik sayang mama sangat-sangat' - ayat terakhir juruterbang kepada ibunya

Agong, Permaisuri dukacita pemergian rakan akrab, Johari

Juruterbang Beechcraft berpengalaman luas - CAAM

10 pegawai forensik terbabit bedah siasat mangsa pesawat terhempas

Bukan hanya Datuk Johari, beberapa mangsa lain saya kenal rapat - Hamzah

'Saya bukan mangsa nahas pesawat di Elmina' - Ikwan Hafiz Jamaluddin

Mayat ditemukan tidak sempurna

Pesawat melencong ke kanan dari laluan penerbangan sebelum terhempas

Identiti lapan individu pesawat terhempas dikenal pasti

PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat

MB Pahang minta tidak sebar imej, video mangsa nahas

Pesawat terhempas tragedi kedua di Elmina

'Semoga roh Allahyarham Johari dicucuri rahmat' - Speaker Dun Pahang

Adun Pelangai, Johari Harun antara korban nahas pesawat

Agong cemar duli tinjau lokasi pesawat ringan terhempas

Jet Valet beri kerjasama penuh dalam siasatan nahas pesawat

Adun ke Langkawi untuk hadiri mesyuarat

Polis sahkan 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

Mangsa jerit Allahuakbar

'Saya nampak ada orang rentung, saya tak dapat buat apa-apa'

Disiarkan pada: August 18, 2023 @ 8:52am
d