mutakhir

Saya masih terkejut - Bapa juruterbang

Oleh Samadi Ahmad

Dengkil: "Berita insiden pesawat ringan jatuh itu diketahui menerusi perkongsian di Facebook dan kumpulan Whatsapp pada jam 4 petang semalam," kata Abdul Azim Aras, 76, bapa kepada juruterbang yang maut dalam nahas di Elmina, Shah Alam, Heikal Aras, 45, semalam.

Abdul Azim berkata, beliau masih terkejut dengan berita pemergian arwah anaknya itu namun reda dengan ketentuan Allah SWT.

Menurutnya, arwah adalah anak kedua daripada lima beradik dan bapa tunggal kepada tiga orang anak.

"Jenazah arwah kini sedang melalui proses pengecaman oleh adiknya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang," katanya ketika ditemui di kediamannya di Desa Pinggiran Putra di sini hari ini.

Abdul Azim berkata, tiga anaknya adalah juruterbang iaitu arwah, anak keempat dan anak kelima.

Tambahnya, arwah Heikal sebelum ini pernah bertugas di AirAsia dan Vietnam Air sebelum diberhentikan ketika pandemik Covid-19 dan menyertai Jet Valet Sdn. Bhd.

Menurutnya, jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya selepas proses dokumentasi dan hospital selesai.

Beliau yang juga veteran Utusan Melayu dan meninggalkan akhbar itu sekitar 1977 sebagai wartawan kanan sebelum menyertai akhbar Suara Rakyat dan Mingguan Rakyat.

Turut menziarahi arwah termasuk beberapa veteran Utusan Melayu, Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar yang juga rakannya selain Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri, Rozaid Abdul Rahman.

Rozaid ketika ditemui berkata, beliau hadir pada hari ini mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar.

Berita berkaitan:

'Arwah abang teruja naik pesawat mewah, banyak gambar dikongsikan'

'Ayah beri dua gambar minta saya simpan' - Anak pemandu e-hailing

Pengguna jalan raya rakam detik pesawat terhempas diminta tampil

Johari naik pesawat atas urusan kerja - Speaker DUN Pahang

Ujian DNA waris mangsa di IPD Klang Selatan

Enam mayat sudah ditemui

Ada mayat sempurna - Dr Zaliha

'Adik sayang mama sangat-sangat' - ayat terakhir juruterbang kepada ibunya

Agong, Permaisuri dukacita pemergian rakan akrab, Johari

Juruterbang Beechcraft berpengalaman luas - CAAM

10 pegawai forensik terbabit bedah siasat mangsa pesawat terhempas

Bukan hanya Datuk Johari, beberapa mangsa lain saya kenal rapat - Hamzah

'Saya bukan mangsa nahas pesawat di Elmina' - Ikwan Hafiz Jamaluddin

Mayat ditemukan tidak sempurna

Pesawat melencong ke kanan dari laluan penerbangan sebelum terhempas

Identiti lapan individu pesawat terhempas dikenal pasti

PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat

MB Pahang minta tidak sebar imej, video mangsa nahas

Pesawat terhempas tragedi kedua di Elmina

'Semoga roh Allahyarham Johari dicucuri rahmat' - Speaker Dun Pahang

Adun Pelangai, Johari Harun antara korban nahas pesawat

Agong cemar duli tinjau lokasi pesawat ringan terhempas

Jet Valet beri kerjasama penuh dalam siasatan nahas pesawat

Adun ke Langkawi untuk hadiri mesyuarat

Polis sahkan 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

Mangsa jerit Allahuakbar

'Saya nampak ada orang rentung, saya tak dapat buat apa-apa'

Disiarkan pada: August 18, 2023 @ 1:44pm
d