Shah Alam: Tapak nahas pesawat ringan terhempas yang meragut nyawa 10 mangsa di Elmina, di sini menjadi tumpuan orang ramai selepas laluan itu dibuka kepada awam petang semalam.
Tinjauan Harian Metro pagi tadi mendapati pengguna jalan raya yang melalui jalan itu akan memperlahankan kenderaan bagi melihat lokasi nahas dengan lebih jelas.
Tidak ketinggalan, seorang lelaki tempatan yang ingin dikenali sebagai Aiman datang dari Melaka ke lokasi kejadian bagi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa terkorban.
"Saya datang dari Melaka dan kebetulan ada urusan di Kuala Lumpur jadi kami sekeluarga ambil keputusan untuk melawat tapak nahas ini.
"Saya hanya mahu sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa yang terkorban…saya baca dalam berita semuanya Islam," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.
Selama beberapa jam tinjauan dijalankan, kelihatan beberapa individu bersama keluarga mereka memberhentikan kereta di bahu jalan dan cuba melihat dengan lebih dekat lokasi nahas berkenaan.
Bagaimanapun, kawasan nahas terbabit sudah ditutup menggunakan kanvas dan dikawal oleh sepasukan polis bagi memastikan lokasi itu tidak diceroboh.
Harian Metro yang sempat meninjau keadaan lokasi nahas sebelum ia ditutup mendapati, serpihan pesawat berada di merata tempat malah enjin dan objek dipercayai pintu kapal terbang terbabit jelas kelihatan.
Terdahulu Harian Metro melaporkan, Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dan pakar penerbangan dari Amerika Syarikat (AS) akan ke lokasi nahas Isnin ini bagi menyiasat punca nahas pesawat jenis Beechcraft 390 terbabit.
Tempoh siasatan rakaman suara kokpit (CVR) bagi pesawat itu dijangka mengambil masa seminggu jika tiada kerosakan dalaman pada kotak hitam pesawat itu, kata seorang pakar industri penerbangan.
Pasukan penyiasat berjaya menemui CVR berkenaan pesawat berkenaan pada jam 10.20 malam beberapa jam selepas nahas itu terjadi, kelmarin.
Operasi pencarian serpihan pesawat dan cebisan mayat mangsa di kawasan nahas pesawat ringan itu selesai kira-kira 3 petang semalam.
Berita berkaitan:
'Arwah abang teruja naik pesawat mewah, banyak gambar dikongsikan'
'Ayah beri dua gambar minta saya simpan' - Anak pemandu e-hailing
Pengguna jalan raya rakam detik pesawat terhempas diminta tampil
Johari naik pesawat atas urusan kerja - Speaker DUN Pahang
Ujian DNA waris mangsa di IPD Klang Selatan
Ada mayat sempurna - Dr Zaliha
'Adik sayang mama sangat-sangat' - ayat terakhir juruterbang kepada ibunya
Agong, Permaisuri dukacita pemergian rakan akrab, Johari
Juruterbang Beechcraft berpengalaman luas - CAAM
10 pegawai forensik terbabit bedah siasat mangsa pesawat terhempas
Bukan hanya Datuk Johari, beberapa mangsa lain saya kenal rapat - Hamzah
'Saya bukan mangsa nahas pesawat di Elmina' - Ikwan Hafiz Jamaluddin
Mayat ditemukan tidak sempurna
Pesawat melencong ke kanan dari laluan penerbangan sebelum terhempas
Identiti lapan individu pesawat terhempas dikenal pasti
PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat
MB Pahang minta tidak sebar imej, video mangsa nahas
Pesawat terhempas tragedi kedua di Elmina
'Semoga roh Allahyarham Johari dicucuri rahmat' - Speaker Dun Pahang
Adun Pelangai, Johari Harun antara korban nahas pesawat
Agong cemar duli tinjau lokasi pesawat ringan terhempas
Jet Valet beri kerjasama penuh dalam siasatan nahas pesawat
Adun ke Langkawi untuk hadiri mesyuarat
Polis sahkan 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina
'Saya nampak ada orang rentung, saya tak dapat buat apa-apa'