mutakhir

SPRM nafi keluar kenyataan media terhadap KPPA

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan media berhubung siasatan rasuah membabitkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed, bertarikh hari ini seperti ditularkan di media sosial.

SPRM dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan tindakan mengeluarkan kenyataan terbabit ternyata berniat jahat serta mengelirukan orang ramai.

Justeru itu, katanya, orang ramai diminta supaya tidak menyebarkan dan berkongsi sebarang maklumat tidak pasti atau palsu.

Disiarkan pada: August 24, 2023 @ 4:06pm
d