mutakhir

PRN: Bakal pengantin tetap mengundi

Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Ampang: bakal pengantin, Abdul Qayyim Roslan, 26, menjadi pengundi pertama mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Keramat, di sini.

Dia yang hadir ditemani abangnya, Abdul Qayyum, 28, bakal bernikah dan melangsungkan perkahwinan di Selayang, hari ini.

Kakitangan swasta yang menetap di Bukit Antarabangsa itu berkata, dia terpanggil untuk datang mengundi terlebih dahulu bagi melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

"Saya akan bernikah pada 9.30 pagi di Selayang, jadi saya tahu memang akan sempat mengundi di sini terlebih dahulu.

"Syukur proses mengundi berjalan lancar dan saya berharap urusan pernikahan juga akan berjalan lancar selepas ini," katanya ketika ditemui SMK Seri Keramat di sini, hari ini.

Disiarkan pada: August 12, 2023 @ 8:46am
d