mutakhir

2 maut kereta dinaiki bertembung lori kontena

Oleh Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Gombak: Dua mangsa rentung selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori kontena di Jalan Kuala Garing, Rawang di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihak menerima laporan berhubung kejadian itu jam 3.53 pagi.

"Sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikerah ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan kereta Honda City terbakar 70 peratus manakala lori kontena juga terbakar sebanyak 50 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa terdiri daripada dua warga tempatan iaitu lelaki berusia 26 tahun dan wanita berusia 23 tahun.

Katanya, pemandu lori berkenaan sempat keluar dari kenderaan.

Disiarkan pada: September 7, 2023 @ 7:43am
d