mutakhir

Lelaki rempuh anggota JPJ ada 8 rekod jenayah, dadah

Oleh BERNAMA

Port Dickson: Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed mengesahkan penunggang motosikal merempuh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah ditahan.

Katanya, lelaki itu ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam.

Beliau berkata, semakan pihaknya mendapati suspek memiliki lapan rekod membabitkan kes jenayah dan dadah.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Port Dickson esok untuk proses tahanan reman," menurutnya dalam kenyataan berasingan hari ini.

Disiarkan pada: September 17, 2023 @ 8:28pm
d