mutakhir

PM bawa beg buatan pengusaha batik Kelantan

Oleh Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan beg fail hitam bercorak Arabesque untuk membawa dokumen Belanjawan 2024 yang dibentangkan di Parlimen, hari ini.

Motif pada beg itu daripada Khairul Aznan iaitu pengusaha batik tempatan berasal dari Kelantan yang meneruskan legasi perusahaan tiga generasi keluarganya dan direka serta dijahit oleh Batik Boutique.

Anwar, yang memakai sepersalinan baju Melayu ungu tiba pada 4 petang diiringi dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong.

Ahli Parlimen Tambun itu sempat beramah mesra dengan media sebelum memasuki dewan untuk membentangkan Belanjawan 2024.

Pembentangan belanjawan kali ini bertemakan 'Belanjawan 2024: Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat' dan ia pembentangan kedua oleh kerajaan Madani pimpinannya.

Disiarkan pada: October 13, 2023 @ 4:34pm
d