mutakhir

'Rekaan beg guna blok batik peninggalan arwah ayah'

Oleh Hayati Ibrahim

Kuala Lumpur: "Rekaan ini sangat istimewa kerana menggunakan blok batik peninggalan arwah ayah," kata Khairul Aznan Mohamed Kamal, 43.

Khairul adalah pengusaha batik dari Kelantan, yang menghasilkan motif pada beg dokumen Belanjawan 2024 yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Parlimen, hari ini.

Khairul Aznan berkata, arwah ayahnya, Mohamed Kamal Abdullah, seorang pencinta batik blok dan meneruskan legasi batik blok yang kian terhapus, sebelum ini

"Beg berwarna hitam ini menggunakan 'cotton poplin' dan bermotifkan corak 'Arabesque' yang mempunyai rekaan berunsur Islamik.

"Ia menggunakan blok batik lama peninggalan arwah ayah , jadi motif ini meninggalkan banyak kenangan buat saya. Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Khairul Aznan berkata, dia amat gembira apabila dapat bekerjasama dengan 'Batik Boutique' menghasilkan beg berkenaan bagi memajukan batik blok di negara ini.

"Sebagai generasi ketiga batik, saya berharap batik akan terus maju di peringkat antarabangsa.

"Saya juga berharap anak-anak Malaysia sedar yang batik adalah salah satu warisan kraf negara," katanya.

Disiarkan pada: October 13, 2023 @ 4:59pm
d