mutakhir

2 ditahan godam papan menu restoran makanan segera

Oleh Norzamira Che Noh

Shah Alam: Polis menahan dua lelaki warga tempatan dipercayai menggodam papan memu digital sebuah restoran makanan segera di Kuala Langat, pada Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata dua lelaki berusia 26 itu ditahan di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Menurutnya, pengurus restoran makanan segera itu membuat laporan memaklumkan papan menu digital restoran berkenaan digodam.

"Ia berubah memaparkan imej darah, bom, peluru dengan tulisan 'Proud Sponsors of Israeli Terrorism'

"Susulan itu, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

"Polis turut merampas telefon bimbit kedua-dua suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman empat hari sehingga 5 November ini dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Disiarkan pada: November 3, 2023 @ 8:37pm
d