mutakhir

Penjawat awam Selangor terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan setengah

Oleh Ruwaida Md Zain

Shah Alam: Semua penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan setengah, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Katanya, pemberian BKK ini termasuk kepada anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gaji dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

"BKK kali pertama sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 sudah dilaksanakan sempena Aidilfitri lalu.

"Bagi BKK kali kedua, insentif sebulan gaji atau minimum RM1,000 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta akan dibayar pada 28 Disember nanti.

"BKK kali ketiga iaitu setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 akan dibayar pada Februari 2024 bagi meringankan beban penjawat awam untuk persiapan sesi persekolahan yang dijangka bermula Mac 2024," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 di Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Amirudin berkata, pemberian BKK akan dilaksanakan berdasarkan pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM).

Disiarkan pada: November 10, 2023 @ 4:07pm
d