mutakhir

KP agensi keselamatan didakwa laku gangguan seksual

Oleh Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Kuala Lumpur: Polis membuka kertas siasatan terhadap ketua pengarah agensi keselamatan yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang tular di media sosial, hari ini.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain susulan satu laporan diterima pihak polis, baru-baru ini.

"Kertas siasatan dibuka dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual)," katanya hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai satu laporan polis dipercayai dibuat oleh mangsa yang juga penasihat pelaburan mendakwa diganggu secara seksual oleh individu berpangkat datuk berkenaan.

Mangsa dipercayai wanita tempatan berusia 39 tahun mendedahkan mereka bertemu di pejabat suspek sekitar tahun untuk menawarkan peluang pelaburan kewangan.

Susulan itu, suspek didakwa terus menghubungi mangsa dan cuba mengajak wanita terbabit ke hotel serta menghantar video berunsur lucah kepada mangsa.

Disiarkan pada: November 21, 2023 @ 3:43pm
d