mutakhir

CDC menang empat anugerah MPRA

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Syarikat pembangun, pembina dan operator sistem elektronik , Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) meraih empat anugerah pada Anugerah Perhubungan Awam Malaysia 2023.

Kempen CDC 'Sustainable Integrity: Commercedotcom's Ongoing Efforts to Foster A Corruption Free Society' memenangi tempat kedua bagi Anugerah Kelestarian.

Sementara, Pasukan Komunikasi Korporat dan Pemasaran di CDC memenangi tiga anugerah lain termasuk, 'Crisis Management Award', 'Public Sector Award', dan 'Employee Communication Award'.

Kemenangan CDC adalah menerusi penekanannya terhadap kelestarian melalui tadbir urus yang baik dan ketelusan sebagai nilai-nilai integriti yang penting.

CDC dalam kenyataan berkata, pengiktirafan ini mempamerkan komitmen CDC kepada integriti, nilai teras yang tertanam dalam rangka korporat dan etos operasinya.

"Sebagai pelopor dalam landskap perolehan elektronik, CDC memberi penekanan kepada peranan kelestarian melalui tadbir urus yang kukuh dan telus.

"Komitmen syarikat terhadap integriti tidak hanya tertanam pada prinsipnya yang menyeluruh, tetapi juga dalam produk 'flagship' syarikat iaitu, ePerolehan (eP)," katanya.

Menurutnya, platform berkenaan menjamin ketelusan dengan membolehkan transaksi dipantau secara terbuka untuk mengurangi risiko penyelewengan dan rasuah.

"Kemenangan CDC adalah usaha proaktif syarikat terhadap arahan Perdana Menteri, bagi memerangi rasuah dalam proses perolehan.

"CDC juga mengintegrasikan nilai integriti ke dalam struktur governans secara keseluruhan.

"Syarikat juga mempunyai pensijilan ISO ABMS yang jelas mencerminkan komitmennya terhadap standard tadbir urus dalaman yang lebih tinggi," katanya.

Katanya, CDC juga berpegang teguh kepada pendekatan dan usaha untuk membentuk landskap di mana kelestarian, tadbir urus yang baik, dan ketelusan bukan sekadar aspirasi tetapi menjadi komponen penting dalam setiap transaksi.

"Pendekatan komprehensif CDC terhadap integriti merentasi tenaga kerjanya dan produk yang ditawarkan.

"Sejajar dengan nilai-nilai syarikat, CDC sudah menjalankan kempen dalaman selama sebulan untuk meningkatkan pemahaman pekerja terhadap integriti, membentuk budaya 'Doing Right' melalui inisiatif pendidikan, CDC memastikan bahawa integriti bukanlah sekadar prinsip tetapi realiti yang didukung dan dihayati dalam organisasi," katanya.

Disiarkan pada: December 4, 2023 @ 11:36pm
d