mutakhir

Polis cari Fauziah bantu siasatan kes tipu katering

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam penipuan urusan katering.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, wanita itu dikenali sebagai Fauziah Abdul Hamid, 39, yang beralamat terakhir di Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.

"Wanita berkenaan dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Maklumat berkaitannya boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Norhisham Zulkifli di talian 017-6219957 atau 06-4582222 sambungan 102," katanya pada kenyataan, hari ini.

Harian Metro pada 25 Disember melaporkan, sebuah keluarga terpaksa memasak sendiri juadah untuk tetamu selepas katerer dilantik gagal muncul.

Pengantin perempuan juga sudah membayar RM13,200 kepada katerer bagi menyediakan hidangan untuk 1,000 tetamu selain pelamin dan baju kahwin.

Berita berkaitan:

Polis masih kesan pihak katering

'Pulangkan semula duit kami'

Pengantin tak pernah jumpa katerer, urusan hanya dalam talian

'Banyak kali kami call.. tiada respons, akhirnya terpaksa masak sendiri'

Katerer 'lesap', pening keluarga pengantin

Disiarkan pada: January 2, 2024 @ 1:56pm
d