mutakhir

Ibu mangsa kemalangan maut jatuh lubang besar terima pencen penakat

Oleh BERNAMA

Melaka: Ibu mangsa kemalangan motosikal, Haiqal Iman Mohd Shahruddin Abdul Qayyum yang maut selepas terjatuh ke dalam lubang besar projek menaik taraf pembentung di Bukit Katil pada 4 Januari lalu, menerima pencen penakat dan faedah pengurusan mayat.

Lenny Mariana Imbron, 40, menerima pencen penakat berjumlah RM332.50 sebulan dan pencen penakat dan faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000 yang disampaikan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem pada majlis penyerahan bantuan berkenaan di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalannnya Siti Faizah Abdul Azis.

Ngwe, dalam satu kenyataan memaklumkan bantuan berkenaan diharap dapat meringankan beban Lenny Mariana yang kehilangan tempat bergantung selepas kematiannya Haiqal Iman.

"Mangsa merupakan anak tunggal keluarga berkenaan dan beliau yang menyara ibunya dengan bekerja di sebuah kedai serbaneka di Bukit Beruang manakala bapanya meninggal dunia pada 26 Nov tahun lepas," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pemuda maut manakala dua lagi cedera selepas motosikal ditunggang masing-masing terbabas ke dalam lubang sedalam 3.2 meter melibatkan projek menaik taraf pembentung sedia ada di lokasi kejadian pada 4 Januari lalu.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu menyebabkan Haiqal Iman, 20, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Chong Min Yang, 57, dan Mohd Zaim Bahrin, 31, cedera.

Berita berkaitan:

Aspek keselamatan projek besarkan parit ditambah baik

Ajal 3 motosikal 'terbang' masuk parit

Disiarkan pada: January 11, 2024 @ 6:06pm
d