mutakhir

2 beradik hilang: Polis sahkan ada tangkapan

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Hulu Selangor: Polis mengesahkan ada tangkapan susulan kehilangan dua beradik lelaki di surau perumahan mereka di Taman Bernam Jaya, di sini dengan seorang daripadanya berjaya ditemukan, 11 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu.

"Seorang sudah jumpa (anak sulung berusia 17 tahun) dan seorang lagi (usia 16 tahun) belum (dijumpai).

"Lain-lain perkara masih dalam siasatan," katanya ringkas.

Disiarkan pada: January 17, 2024 @ 12:31pm
d