mutakhir

132 Pati etnik Rohingya lari diri dari depoh Imigresen Bidor

Oleh Zahratulhayat Mat Arif

Tapah: Seramai 132 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan di Depoh Imigresen Sementara Bidor, di sini dilaporkan melarikan diri malam tadi.

Dalam kejadian 9.50 malam itu, kesemua tahanan etnik Rohingya di bawah seliaan Jabatan Imigresen (JIM) itu melarikan diri.

Susulan itu, Op Tutup dilancarkan di beberapa kawasan termasuk daerah Muallim bagi mengesan mereka.

Difahamkan, seorang daripada tahanan itu dilaporkan maut dalam kemalangan di KM335 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bidor di sini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Saya sahkan... kenyataan media akan dikeluarkan kemudian," katanya.

Disiarkan pada: February 2, 2024 @ 8:19am
d