mutakhir

Cari pasal bakar kereta polis

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Petaling Jaya: Seorang lelaki dikesan memuat naik video mendakwa membakar sebuah kenderaan polis bantuan di laman sosial TikTok, awal pagi ini.

Kejadian dipercayai berlaku di kawasan Mutiara Damansara di sini, kira-kira jam 1 pagi.

Lelaki terbabit memuat naik rakaman video berdurasi lima saat yang memaparkan dia bersama kenderaan sedang terbakar.

Lelaki itu turut membuat hantaran 'berpuas hati dapat membakar kereta polis #polistakdekeje'.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

"Pihak polis ada buat tangkapan berkaitan kejadian ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan media berhubung perkara itu.

Disiarkan pada: February 15, 2024 @ 12:43pm
d