mutakhir

MPOGCF perlu sokongan perbetulkan persepsi negatif industri sawit negara

Oleh Redzuan Muharam

Petaling Jaya: Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) memerlukan sokongan rakan strategik untuk memperbetulkan persepsi negatif Barat terhadap industri minyak sawit negara.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF Datuk Mad Zaidi Mohd Karli berkata, ia kerana industri minyak sawit negara tidak seburuk yang diperkatakan dan bukan mengabaikan diversiti dan hidupan seperti Orang Utan.

Mad Zaidi berkata, MPOGCF banyak menjalankan aktiviti yang boleh menyumbang bukan saja dalam konteks ekonomi tetapi juga alam sekitar dan diversiti.

"Walaupun di peringkat negara kita ada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tapi Yayasan (MPOGCF) menyokong agensi diberi mandat.

"Usaha itu menerusi aktiviti konservasi serta pemuliharaan sesi lebih rapat dan akrab yang membawa peranan ke peringkat meluas," katanya. ketika berucap pada Majlis Jalinan Kasih Ramadan MPOGCF dan Rakan Strategik 2024 di sebuah hotel, di sini.

Hadir sama, Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud.

Pada majlis berkenaan, MPOGCF turut menyampaikan sumbangan khas kepada Pertubuhan Bekas Kakitangan STMB (Era TV) dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim dan Miskin Rukaiyah yang masing-masing menerima RM4,000 dan RM1,000 kepada bekas wartawan Berita Harian, Jamhariah Jaafar.

Menurut Mad Zaidi, program dilaksanakan tidak akan terhenti di sini kerana akan ada kesinambungan program anjuran MPOCGF termasuk pada tahun ini.

"Sama ada yang sedang dilakukan atau projek baharu, mana-mana pihak yang ada idea boleh bincang dengan pengurusan dan lembaga (MPOGCF).

Disiarkan pada: March 14, 2024 @ 11:25pm
d