mutakhir

2 lelaki bakar Hilux masih diburu polis

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Polis masih memburu dua lelaki yang melakukan khianat dan membakar pacuan empat roda Toyota Hilux di tepi Jalan Seroja, Kampung Sungai Kayu, Ara Damansara, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, polis juga masih menyiasat motif kejadian terbabit.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu termasuk mengenal pasti motif kejadian," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Harian Metro sebelum ini melaporkan sebuahpacuan empat roda Toyota Hilux yang dlletakkan di tepi Jalan Seroja, Kampung Sungai Kayu, Ara Damansara, di sini, musnah terbakar.

Pemilik kenderaan, lelaki berusia 56 tahun yang juga seorang kontraktor memberitahu tidak bermusuh dengan sesiapa serta tidak mengesyaki mana-mana pihak yang bertanggungjawab melakukan khianat itu.

Disiarkan pada: April 12, 2024 @ 11:40am
d