mutakhir

Padam, henti sebar video nahas helikopter - MCMC

Oleh Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran kepada orang ramai supaya berhenti menyebarkan video nahas helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut di Perak pagi tadi.

MCMC berkata, mana-mana individu yang sudah memuat naik video insiden itu diminta supaya memadam hantaran terbabit

Menurutnya, sebarang penghantaran komunikasi yang boleh menimbulkan ancaman, menyakitkan hati, dan mengganggu orang lain adalah satu perbuatan yang dilarang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

"Justeru, MCMC ingin menasihatkan orang ramai untuk tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden tersebut bagi mengelakkan apa-apa kesalahan dilakukan di bawah AKM 1998.

"MCMC juga menasihatkan mana-mana pihak yang sudah memuat naik video membabitkan insiden berkenaan untuk memadamkannya," la dalam kenyataan hari ini.

MCMC berkata, orang ramai perlu lebih sensitif dan menghormati ahli keluarga mangsa yang sudah pasti sedang bersedih di atas kejadian itu.

Pada masa sama MCMC mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam insiden itu yang terhempas semasa latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pagi tadi.

Nahas membabitkan dua helikopter TLDM bertembung ketika raptai lintas hormat sempena Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada jam 9.03 pagi tadi.

Insiden itu mengorbankan 10 mangsa, masing-masing tujuh kru dan tiga penumpang dua helikopter jenis HOM-AW139 dan Fennec yang berlepas dari Padang Sitiawan, Perak.

Berita Berkaitan

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Disiarkan pada: April 23, 2024 @ 4:50pm
d