mutakhir

21 anak mangsa nahas helikopter terima SSPN-i, yuran IPTA dikecualikan

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

Sitiawan: Kementerian Pendidikan Tinggi mengecualikan pembayaran yuran pengajian anak mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semalam, sehingga tamat belajar.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, cadangan itu juga sudah sudah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, pengecualian itu akan membabitkan yuran pengajian anak perempuan sulung Pegawai Waran II Mohd Shahrizan Mohd Termizi yang juga penuntut tahun pertama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Nurul Shahfiqah, 21.

"Ini anak yang belajar di universiti awam dan setakat ini kita mendapat maklumat, yang hanya seorang anak (iaitu anak Mohd Shahrizan) belajar di UMK.

"Bagaimanapun kalau ada anak (mangsa lain) yang sedang belajar (di IPT) boleh maklumkan dan kita akan melaksanakan dasar sama," katanya selepas melawat keluarga Mohd Shahrizan di Taman Bunga Tanjong, di sini, malam ini.

Katanya, selain itu pihaknya juga akan menyalurkan sumbangan dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM1,000 kepada 21 anak mangsa nahas yang dikenal pasti masih bersekolah.

"Kemudian kita akan mendapatkan maklum balas kerajaan untuk langkah seterusnya (berkaitan tabung SSPN-i) daripada segi tabung berkenaan (untuk) belajar ke peringkat tinggi. Anak masih bersekolah mereka tentu memerlukan tabungan untuk masa depan.

"Saya juga percaya Kerajaan termasuk Kementerian Pertahanan mungkin ada perancangan (untuk membantu anak mangsa nahas) jadi tabung ini memudahkan pihak berkenaan membantu anak terbabit," katanya.

Zambry berkata, semua usaha itu untuk memastikan supaya anak mangsa dapat meneruskan pengajian dan pihaknya tidak mahu mereka berdepan kesulitan untuk menyambung pengajian.

Berita Berkaitan

Pemergian Sivasutan 'ragut' kebahagiaan keluarga kami - Bapa

Bantuan awal RM10,000 kepada setiap keluarga nahas helikopter TLDM

Penduduk kampung tunggu 'kepulangan' Joanna Felicia

Wan Rezaudeen Kamal beritahu mahu pencen awal

'Anak pertama kami dan yang pertama tinggalkan kami' - ibu Mohd Shahrizan

Laporan interim tragedi helikopter TLDM siap 2 minggu

Lembaga Siasatan TLDM siasat insiden helikopter - PAT

DUN Sabah bertafakur untuk mangsa nahas helikopter

Peniaga dengar bunyi helikopter terbang rendah

Perjalanan terakhir 10 perwira

Kakak Faisol mohon jenazah adik dibawa pulang ke rumah sebentar

'Arwah bagi tahu sebelum dia pencen, dia teringin nak naik helikopter'

Menteri-Menteri Besar rakam takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter terhempas di Lumut

'Jenazah ibu sempurna' - Anak Noor Rahiza

'Cikgu pegang tangan sambil menangis, beritahu mama dah meninggal dunia'

Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan

'Yang baik selalunya 'pergi' dulu'

'Sepatutnya hari terindah tapi disambut berita sedih' - Adik Komander Muhamad Amir

'Mendiang abang baru berkahwin, hari ini kami terima berita menyedihkan'

Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk babitkan helikopter

'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu' - Bapa saudara

Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga

Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah

Keluarga Komander Muhammad Firdaus mohon diberikan ruang bertenang

Senarai penuh mangsa nahas helikopter TLDM

Henti spekulasi nahas helikopter TLDM, serah pihak berkuasa siasat - Fadillah

'Saya tidak dengar bunyi letupan, tiada percikan api'

'Adik kemas rumah, memasak di pagi raya' - kenangan terakhir bersama Noor Rahiza

'Kawan ma cakap ma sudah tak ada'

'Saya buat pengecaman dua kali... Saya lihat wajah anak tenang seperti tidur'

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Disiarkan pada: April 25, 2024 @ 12:04am
d