nuansa

Pakej menarik percutian Muslim di Hong Kong

Oleh HM Digital

Merancang untuk bercuti bersama keluarga di Hong Kong? Jangan lepaskan peluang memperoleh pelbagai maklumat dan pakej terbaik bercuti di Kota Dunia Asia itu di Hong Kong Live In Kuala Lumpur.

Berlangsung hari ini hingga 12 November di pusat beli-belah Suria KLCC, acara ini bukan saja menawarkan pakej menarik bercuti di Hong Kong tetapi turut memberikan petua perjalanan, panduan meneroka Hong Kong persis masyarakat tempatan dan menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan.

Bagi memberikan suasana sepeti berada di bandar raya itu, Lembaga Pelancongan Hong Kong membawa pereka acara mereka ke Kuala Lumpur dan Suria KLCC akan bertukar wajah menjadi taman permainan interaktif dengan tarikan berkelas dunia seperti Big Bus Hong Kong, Dulking, Hong Kong Disneyland, Madame Tussauds Hong Kong Ngong Ping 360, Ocean Park Hong Kong dan Dek Pemerhati sky100 Hong Kong.

Selebriti Awal Ashari, Scha Al-Yahya dan anak perempuan mereka, Lara Alana juga dijangka hadir pada majlis pelancaran bagi berkongsi pengalaman perjalanan luar biasa mereka di Hong Kong.

Menariknya, pelancong Muslim juga kini boleh bercuti di Hong Kong dengan yakin kerana bandar raya ini menawarkan banyak restoran bersijil halal dan masjid serta madrasah dengan lokasi yang bersesuaian untuk melaksanakan solat.

Bagi memudahkan percutian, buku panduan perjalanan ‘Warna-Warni Hong Kong’ yang dilancarkan Lembaga Pelancongan Hong Kong membantu untuk sepanjang percutian di Hong Kong.

Dengan memuat turun buku panduan e-buku ini, anda juga berpeluang menerima edisi terhad Muslim Travel Kit dari Lembaga Pelancongan Hong Kong.

Menambahkan keterujaan sempena acara ini, jangan lupa mengambil gambar dengan LT duck gergasi dan anda berpeluang membawa LT Duck kecil pulang bersama.

Cuba juga permainan interaktif, pertandingan dan meninjau pelbagai pakej eksklusif yang ditawarkan.

Beli tiket AirAsia ke Hong Kong dan anda berpeluang memenangi 50,000 BIG AirAsia setiap hari. Muat turun juga gambar anda di acara Hong Kong Live in Kuala Lumpur ini di Facebook atau Instagram dan tanda pagar #DiscoverHongKong untuk menyertai pertandingan. Terma & Syarat dikenakan.

Disiarkan pada: November 7, 2017 @ 10:22am
d