nuansa

Promosi menarik sambutan 25 tahun

Oleh Suliati Asri

Taman Tema Sunway Lagoon yang sentiasa menjadi pilihan ramai pelancong dalam dan luar negara ini mengadakan sambutan ‘25 Wonder Years’ dengan menawarkan pelbagai acara menarik untuk pengunjungnya.

Antara acara yang dirancangnya termasuk bekerjasama dengan pelbagai artis tempatan antaranya Caprice (Ariz Ramli), Mimi Fly dan Kaka Azraff untuk mencipta lagu berkenaan pencapaian Sunway Lagoon bertajuk ‘Experience It.’

Pengurus Besar Kanan Taman Tema Sunway, Calvin Ho berkata lagu dan video klip yang dipertontonkan buat kali pertama pada sambutan 25 Tahun itu dengan memperlihat­kan pelbagai tarikan Sunway Lagoon yang dikecapi sekali gus meletakkan Malaysia di peta dunia.

Beliau berkata, selain itu pihaknya juga bakal mengadakan pertunjukan teater ‘The Tale of Mount Berapi’ dengan letusan gunung berapi di tengah taman tema berkenaan bagi memeriahkan sambutan ulang tahun itu.

“Sempena sambutan ‘25 Wonder Years’ Sunway Lagoon dan cuti akhir tahun, Taman Tema Terbaik Asia ini menawarkan promosi menarik dengan penjimatan untuk pengunjung dalam serta luar negara.

“Bermula sekarang hingga 31 Disember ini, pengunjung dijemput untuk meraikan bersama Sunway Lagoon dengan tawaran RM25 untuk dua hari ‘Fun Pass’, katanya.

Hingga 31 Disember ini, orang ramai yang membeli pakej FAMFun atau 4 To Go boleh menikmati baucer F&B bernilai RM25.

Menariknya, hingga 31 Disember juga, pengunjung boleh mengumpul lima lencana Edisi Terhad ‘25 Wonder Years’ dari Isnin hingga Jumaat apabila membeli tiket dewasa.

Pada masa sama, orang ramai turut dijemput berkongsi kenangan terbaik mereka di Sunway Lagoon menerusi foto dan berpeluang memenangi hadiah menarik.

Pengunjung juga boleh menghantar cerita Instagram menggunakan tanda pagar #SL25Years dan #ExperienceIt.

Anda juga boleh memuat turun lagi dan video muzik Sunway lagoon bertajuk ‘Experience It’ yang dinyanyikan artis tempatan Caprice, Mimi Fly dan Kaka Azraff melalui Spotify, KK Box, Joox, Yonder dan Deezer.

Disiarkan pada: November 28, 2017 @ 11:23am
d