nuansa

UTM rangkul RM15,000

Oleh Fazurawati Che Lah

Pasukan Debat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencipta kegemilangan apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan Anugerah Debat Perdana (ADP2018) yang berlangsung di Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Business School Kampus Gurney, baru-baru ini.

Pasukan Debat UTM diwakili dua penuntut tahun akhir jurusan kejuruteraan elektrik iaitu Mirza Hakim Yusri dan Muhammad Naim Khoizulazwal yang juga ahli Kelab Debat, Pidato dan Pemikiran Kreatif (De’Pikir) UTM.

Pada peringkat akhir, mereka berperanan sebagai pembangkang penutup dan membentangkan usul bertajuk Sudah Tiba Masanya Dewan Ini Mencari Pengganti Komoditi Kelapa Sawit Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Selain dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan membawa pulang wang tunai RM15,000, piala pusingan, plak, sijil dan cenderamata, Muhammad Naim turut dipilih sebagai Pendebat Akhir Terbaik.

Beliau membawa pulang wang tunai RM1,000, plak, sijil dan cenderamata.

Pada pertandingan itu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menduduki tempat ketiga dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) di tempat keempat.

Hadir menyaksikan pertandingan akhir adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

ADP2018 adalah anjuran bersama Pertubuhan Alumni Mahasiswa Turun Parlimen, (MANTAP), Talent Management Club UniKL Business School, UniKL Student Representative Council dan turut mendapat sokongan Jabatan Perdana Menteri.

Program debat itu adalah platform eksklusif bagi peserta mengetengahkan idea bernas dan berpeluang menganalisis kekuatan serta kelemahan dasar semasa di dalam dan luar negara.

Mereka seterusnya dikehendaki membentangkan cadangan bernas demi membentuk negara Malaysia yang lebih baik.

Disiarkan pada: April 9, 2018 @ 1:17pm
d