nuansa

Pengosongan tangki septik individu

Oleh HM Digital

Lazimnya, syarikat korporat mempunyai pendekatan tersendiri dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Syarikat pembersihan air sisa Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) umpamanya memilih pendekatan berbeza dengan menjalankan pengosongan tangki septik individu di Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, baru-baru ini.

Pada masa sama turut menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim, miskin dan golongan asnaf yang menghuni rumah amal terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK Faizal Othman berkata, pihaknya sentiasa menekankan kepentingan mengosongkan tangki septik individu secara berkala iaitu sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

“Ia bertujuan memastikan kesihatan awam terjamin dan tidak berlaku pencemaran alam sekitar berpunca daripada limpahan enap cemar daripada tangki septik yang penuh.

“Orang awam boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan pengosongan tangki septik ini daripada IWK melalui ‘Desludging Business Unit’ atau mana-mana syarikat pemegang lesen perkhidmatan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, perkhidmatan itu antara lain dilihat sebagai satu usaha membantu memelihara alam sekitar dan memastikan kesihatan awam terjamin di samping mengurangkan kos pengurusan rumah amal berkenaan.

Katanya, usaha seperti itu kelihatan remeh namun sebenarnya memberikan impak yang cukup besar bukan saja kepada manusia malah alam sekitar.

“Pada masa sama, kita juga mahu membudayakan amalan ini iaitu mengosongkan tangki septik individu secara berkala kepada masyarakat,” katanya.

Disiarkan pada: June 20, 2018 @ 4:38am
d