nuansa

1,000 buku untuk PPAS

Oleh Fazurawati Che Lah

Kepentingan memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat antara yang menyumbang kepada aspek pembangunan negara.

Oleh itu, untuk mencapai hasrat berkenaan dan menyemai budaya memberi serta bersyukur, Management & Science University (MSU) menyumbangkan 1,000 buku ilmiah bernilai RM500,000 kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Sumbangan itu disampaikan Presiden MSU, Profesor Tan Sri Datuk Dr Mohd Shukri Ab Yajid kepada Pengarah PPAS, Mastura Muhamad.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PPAS, Dr Shaharuddin Badaruddin.

Dr Mohd Shukri berkata, program ini bertujuan menambah bilangan bahan bacaan yang terhad untuk digunakan pelajar khasnya dan masyarakat amnya untuk dikongsi manfaatnya.

“Buku sumbangan MSU merangkumi bidang pengurusan, perniagaan, hospitaliti, seni kreatif dan pengajian am.

Sumbangan ini turut memperkayakan koleksi PPAS, sekali gus menyokong usaha PPAS untuk menjadi gedung ilmu bagi masyarakat mendapatkan sumber bahan rujukan dan bacaan yang boleh membantu mereka dalam menuntut ilmu,” katanya.

Simbolik penyerahan buku diadakan di Ruang Santai, PPAS Raja Tun Uda Shah Alam yang mana PPAS itu turut mendapat kunjungan penuntut MSU dan MSU College.

Disiarkan pada: July 9, 2018 @ 2:05pm
d