pks

Rezeki kerusi tayar terpakai [METROTV]

Oleh Roselan Ab Malek

"Tak sangka sungguh kerusi tayar terpakai yang dibuat untuk mengisi masa lapang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) enam bulan lalu mendapat sambutan dan kini menjadi sumber pendapatanyang lumayan," kata Mat Jam Ijam, 59.

Peneroka Felda Jengka 24 itu berkata, ketika PKP, masa banyak terluang di rumah kerana tidak boleh keluar, menyebabkan beliau sering melayari media sosial dan terjumpa idea membuat kerusi dari tayar terpakaiini.

"Dari situ sifat ingin mencuba,membuat, apatah lagi di rumah ini terdapat banyak longgokan tayar lama di dalam stor yang sebelum ini sering dijadikan tempat menanam bunga.

"Saya mula meniru idea berkenaan dengan membuat sikit perubahan dan ternyata ia menjadidan siap empat kerusi dan letakkan di depan rumah sebagai kerusi santai untuk keluarga sambil minum petang,"katanya.

Mat Jam menggunakan peralatan asas untuk membuat kerusi it, iaitu tayar terpakai, tali dan pita pelekat selain gerudi sebagai alat penebuk lubang.

"Satu kerusi memerlukan tiga tayar dengan satu daripadanya diukir dan dipotong khas untuk dijadikan penyandar.

"Saya membuat kerusi ini pelbagai saiz, bergantung kepada jenis tayar yang digunakan dan dijual dengan harga RM60 ke RM70 setiap satu," katanya.

Beliau berkata, kerusi tayar terpakai ini agak selesa diduduki dan menjadi kerusi santai unik selain landskap menarik terutama di kawasan luar rumah kerana ia lasak dan tahan cuaca panas atau hujan.

Menurutnya, kerusi itu mendapat perhatian peneroka dan anak muda di Maran apabila melihat kerusi itudi depan rumah saya yang tempat duduknya berwarna-warni dan mereka mula menyebarkan melalui Facebook sehingga menjadi tular.

Menurutnya, sehingga kini dia sudah menjual lebih 100 kerusi itu di kalangan peneroka Felda Jengka dan orang luar dan setiap hampir setiap hari ada orang membuat tempahan.

Disiarkan pada: August 7, 2020 @ 11:15am
d