pks

Rancang buka 10 cawangan

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Putrajaya: Kuhot Food Resources, pengeluar apam balik jenama Kuhot merancang membuka 10 lagi rangkaian yang dimiliki francaisi menjelang 2021, menjadikan keseluruhan 29 cawangan Kuhot di seluruh Malaysia.

Pengurus dan Pengasas Bersamanya, Mohamad Azmi Ahmad berkata, setakat ini, pihaknya mempunyai 19 cawangan Apam Balik Kuhot yang kebanyakannya adalah francaisi.

Katanya, memandangkan pihaknya memfokus kepada prafrancais, modal membuka Apam Balik Kuhot ditawarkan antara RM10,800 hingga RM12,000 bagi gerai mudah alih lengkap dengan bahan mentah, peralatan dan bahan pemasaran.

"Dari segi kewangan, mereka yang berminat menjadi francaisi akan dibantu oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS) manakala pulangan pelaburan (Roi) bagi setiap cawangan kira-kira 65 peratus, bergantung kepada lokasi.

"Selain pakej gerai mudah alih, tahun depan kami memperkenalkan kios tetap dengan konsep lebih eksklusif dan premium di dalam pusat beli-belah dengan modal RM100,000," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, Apam Balik Kuhot sentiasa mendapat permintaan dengan rata-rata pelanggan menyukai makanan tradisi itu yang menawarkan 27 perasa.

Katanya, antara yang paling popular keju nutella, keju coklat, mentega kacang dan keju serunding ayam.

Mohamad Azmi berkata, harga Apam Balik Kuhot dijual pada harga RM1 sehingga RM9 (original) dan mencatatkan peningkatan jualan.

Beliau berkata, menjelang 2021, pihaknya menyasarkan jualan berjumlah RM800,000.

Disiarkan pada: October 26, 2020 @ 8:18am
d