pks

Cucian bergerak

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Ozarich Events & Trading menerusi jenama KLEANKLUB merancang memperluas perkhidmatan cucian fabrik secara deep cleaning ke luar Lembah Klang menjelang tahun depan.

Pengarah Urusannya, Nor Saniza Sabran berkata, sebagai pelopor terawal yang menawarkan perkhidmatan deep cleaning bergerak di negara ini, pihaknya turut menerima permintaan dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Katanya, KLEANKLUB menyediakan perkhidmatan cucian deep cleaning untuk tilam, karpet, bahagian dalaman kenderaan, sofa dan perabot terus ke pintu kediaman atau premis perniagaan pelanggan.

"Pada awalnya kami menempuh cabaran hebat untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada rakyat Malaysia mengenai teknik cucian ini yang sudah lama diguna pakai di negara Eropah.

"Tambahan kesedaran mengenai kepentingan mencuci tilam, karpet, bahagian dalaman kenderaan dan perabot secara berkala juga masih rendah dalam kalangan masyarakat kita.

"Namun, KLEANKLUB kini semakin mendapat permintaan apabila kami sentiasa memastikan kru menjalankan kerja cucian dan pembersihan dengan teknik serta bahan cucian betul serta menggunakan bahan selamat untuk kanak-kanak dan ibu hamil," katanya.

Nor Saniza berkata, KLEANKLUB juga menyediakan perkhidmatan pembersihan untuk mereka yang ingin berpindah rumah atau pejabat serta pembersihan menggunakan teknologi Vakum Hidro yang khusus untuk membersihkan udara dan hama pada perabot serta persekitaran.

"Caj perkhidmatan ditawarkan berpatutan iaitu bermula RM80," katanya.

Sementara itu, Pengurus Operasi KLEANKLUB, Abdul Mutalib Abdul Shukor berkata, sebagai memberi sokongan kepada seruan kerajaan dalam menangani Covid-19, KLEANKLUB turut menawarkan harga promosi bermula RM200 untuk cucian bahagian dalaman kenderaan pakej penuh yang merangkumi kusyen, karpet lantai, alas kaki, bumbung, panel pintu dan papan pemuka serta proses disinfeksi diberi secara percuma.

"Bagi mempelbagaikan lagi produk kami, KLEANKLUB menjadi pengedar sah produk Secret Flora iaitu produk penjagaan diri seperti semburan disinfeksi dan cecair sanitasi tangan yang diformulasikan di Perancis," katanya.

Disiarkan pada: November 20, 2020 @ 7:55am
d