pks

Jual 10,000 B-Jaga sebulan

PRODUK makanan tambahan, B-Jaga menawarkan produk bagi membantu pengguna kekal sihat dan bertenaga.

Pengarah Urusannya, Mohd Azman Omar berkata, pihaknya memberi tumpuan kepada individu yang ingin mengempiskan perut selain membantu memberikan tenaga kepada pelanggan untuk kekal aktif bagi melakukan aktiviti senaman.

"Antara bahan yang terkandung dalam B-Jaga adalah ubijaga, kurma, delima, lemon, madu, buah tin, pegaga, halia, daun belalai gajah dan tongkat ali.

"Pengeluaran produk B-Jaga ini juga dihasilkan di kilang yang diiktiraf halal serta Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, hanya menerusi penjualan dalam talian, produk B-Jaga terjual sehingga 10,000 unit secara purata dalam sebulan.

"Kami fokus dalam menjalankan promosi dan penjualan produk menerusi platform e-dagang seperti Shopee, Facebook dan Instagram serta sistem ejen berdaftar di seluruh Malaysia.

"Pelanggan boleh mendapatkan produk B-Jaga ini pada harga RM90 sebotol untuk 250 mililiter dan kebanyakan pelanggan kami adalah daripada golongan 30 tahun ke atas," katanya.

Sementara itu, menurutnya, produk B-Jaga juga berjaya menembusi pasaran di Singapura pada awal Januari lalu dan mendapat sambutan yang baik di pasaran negara berkenaan.

Mohd Azman berkata, pihaknya dalam perancangan untuk mengembangkan cara penjualan kepada pembukaan booth dan stor fizikal selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Bagi pelanggan yang berminat, mereka boleh melayari laman web https://b-jaga.com.my untuk maklumat lanjut.

Pihaknya kini juga mencari pengedar B-Jaga di seluruh Malaysia. Bagi individu yang berminat boleh hubungi 011-23304792.

Disiarkan pada: July 26, 2021 @ 7:26am
d