pks

Nikmat kuih turun-temurun

Oleh Hajar Umira Md Zaki

Kuala Lumpur: Bagi memastikan lebih ramai penggemar makanan tradisional menikmati kerangupan snek asli turun-temurun, Karlicious Food memperkenalkan rangkaian produk Royel Loyang dan Royel Karas.

Pengasas Karlicious Food, Noorianti Zainol Abidin berkata, produk berkenaan hasil kolaborasi bersama rakannya di Alor Setar, Kedah.

"Sebelum ini saya bekerja di syarikat telekomunikasi dan memilih menjalankan perniagaan selepas bersara dan terhasillah Karlicious Food ini.

"Misi utama kami mengeluarkan produk ini adalah memastikan setiap keluarga di Malaysia dapat menikmati kuih loyang dan karas #1keluarga1loyangkaras.

"Sejajar objektif kami, penjualan snek tradisional kini mencapai hampir 10,000 bekas dalam masa sebulan," katanya.

Menurutnya, keistimewaan kedua-dua produk berkenaan adalah kerangupan serta rasanya yang dapat dinikmati setiap peringkat umur.

Malah, Royel Loyang dan Royel Karas ini juga sesuai dijadikan sebagai buah tangan ketika menghadiri majlis.

"Harga ditawarkan bagi kedua-dua produk serendah RM25 bagi sebekas 500 gram.

"Sehingga kini, Karlicious Food ada lebih 100 ejen jualan dan 10 vendor yang memasarkan Royel Loyang dan Royel Karas.

"Kami menyahut seruan kerajaan di mana pengusaha perusahaan kecil sederhana (PKS) membuka peluang kepada individu untuk menjadi ejen kami di seluruh Malaysia.

"Kami bukan sahaja membantu mereka menjana pendapatan, malah mencapai impian kami agar Karlicious Food mudah didapati dan dinikmati oleh setiap keluarga di Malaysia," katanya.

Individu yang berminat mendapatkan Royel Loyang dan Royel Karas boleh layari laman sesawang https://www.karlicious.com.my atau hubungi 013-200 0818.

Disiarkan pada: September 15, 2021 @ 7:00am
d