pks

Tiga sahabat usahakan 'Darra White'

Kuala Lumpur: Tiga rakan karib berganding bahu mengusahakan produk makanan tambahan Darra White yang mula berada di pasaran sekitar lima bulan lalu.

Mohd Hafizi Haris, Rahmatullah Samshuddin dan Khairul Abror Rodzay menerusi syarikat Nuraz Naila Trading mengasaskan produk organik serta kaya vitamin C dan E.

Mohd Hafizi berkata dia dan dua lagi pengedar berkawan baik sejak setahun lalu.

"Kami masing masing berdepan pelbagai liku hidup sebelum akhirnya bertemu dan berkongsi minat yang sama iaitu dalam cabang perniagaan.

"Ikutkan selok belok berniaga ini saya minat sudah lama. Cuma biasalah ada kala nasib dan rezeki tak menyebelahi saya. Saya pernah meniaga air jus di tepi jalan sekitar hujung tahun 2016 selepas berhenti kerja di sebuah kolej swasta di Perlis.

"Jualan air pada awalnya agak memberangsangkan. Namun lama kelamaan jualan merudum. Hutang pun makin bertambah. Malah saya mula mencari peluang lain untuk menambah pendapatan," kata Mohd Hafizi.

Dipendekkan cerita, jodoh Mohd Hafizi dengan produk Darra White serasi.

"Selepas enam bulan bekerja keras dengan jenama itu, saya mula menjana pendapatan dan terus melonjak naik hari demi hari. Ia berjaya mengubah kehidupan saya dan berjaya menjana pendapatan hampir enam angka dalam tempoh sebulan.

"Setakat ini sudah 300 lebih ejen berjaya direkrut. Jadi kami mahu buka peluang ini kepada yang lain untuk sama sama turut serta," kata bapa kepada seorang cahaya mata berusia tujuh tahun itu.

Khairul Abror berasal dari Pokok Sena, Kedah pula pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang Syariah Perundangan di Mesir selama empat tahun.

"Saya mula berniaga dan meminati cabang berkenaan sejak zaman belajar lagi. Saya tak menyesali membuat pilihan untuk teruskan berniaga dan berhenti belajar pada tahun keempat belajar di Mesir.

"Saya nekad berhenti belajar untuk menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa. Bahkan saya pernah cuba pelbagai cabang perniagaan, tapi ada yang kurang menjadi. Pernah juga sesekali terlintas untuk mengalah," katanya.

Tapi siapa sangka, kehidupan mula berubah selepas diperkenalkan dengan Darra White.

Sementara itu, Rahmatullah Samahuddin dari Gurun, Kedah adalah graduan dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang beralih angin ke dunia niaga.

Menurut Rahmatullah berbagai perniagaan yang diceburi namun perkenalan dengan Darra White mengubah takdir hidupnya.

"Dengan hanya bermodalkan wang baki hasil pekerjaan terdahulu, saya mengorak langkah dengan bermula sebagai ejen. Hasil kerja keras dan usaha yang tidak pernah putus asa kini saya berjaya menjana pendapatan enam angka. Sasaran akhir tahun ini memang nak ada 50 usahawan baru di bawah saya," katanya.

Untuk mengetahui maklumat lanjut layari Instagram @darra_white_hq atau kliksini.my/darrawhite

Disiarkan pada: October 17, 2021 @ 10:30pm
d