pks

Lotus's bantu pasar produk PKS

Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) komited membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dengan memasarkan produk mereka di pasar raya besar itu.

Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Korporat Lotus's Malaysia, Azliza Baizura Azmel berkata, setakat ini ada 93 PKS dengan 800 unit simpanan stok (SKU) dipasarkan di seluruh rangkaian Lotus's.

"Kami menjangkakan jualan daripada segmen PKS ini akan terus meningkat dan dari tahun lalu kami melihat terdapat peningkatan jualan satu digit walaupun negara berdepan pandemik Covid-19.

"Lotus's Malaysia bangga dengan PKS yang menyertai kami kerana mereka sentiasa berusaha dalam memberi idea baru dan terbuka untuk bersaing secara sihat.

"Sebagai peruncit terkemuka di Malaysia, Lotus's memahami tanggungjawabnya dalam memastikan PKS tempatan yang merupakan tonggak penting pertumbuhan ekonomi dapat berkembang dan bertahan," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia di Lotus's Ampang, semalam.

Hadir merasmikan, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Azliza berkata, peruncit itu berhasrat untuk terus melabur di Malaysia dengan menambah stor dalam pelbagai format, membawa harga patut kepada pengguna dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia.

Disiarkan pada: December 3, 2021 @ 7:10am
d