pks

Bizmilla tawar pakej perkahwinan menarik

Kuala Lumpur: Selepas dua tahun bergelut dengan pandemik Covid-19 hingga menjejaskan perniagaan dan survival pekerja perkhidmatan majlis perkahwinan serta katering, Bizmilla Wedding Centre kini menarik nafas lega.

Pemiliknya, Mila Jirin berkata syarikat kini kembali bangkit menyemarakkan empayar perniagaannya yang turut terkesan dengan tempias wabak berkenaan.

Menurutnya, dia mensasarkan untuk terus menambah jumlah dewan kahwin dari semasa ke semasa.

"Kini Bizmilla mempunyai 10 dewan kahwin di sekitar Selangor dan Johor Bahru. Tahun ini, dewan kahwin akan ditambah lagi jumlahnya termasuk di Lembah Klang dan di Iskandar Puteri, Johor Bahru menjadikannya jumlahnya kelak 12.

"Insya Allah menjelang tengah tahun ini kami jangka akan tambah lagi dua dewan kahwin menjadikan 14. Semoga ia dipermudahkan dan Allah izin kami uruskan majlis kahwin anda," kata Mila optimis.

Mila atau nama penuhnya, Nursyamila Jirin berkata syarikatnya rancak menawarkan pakej perkahwinan termasuk Dewan Bizmilla bermula dari harga RM9,900.

"Harga RM9,900 itu dibuka untuk minima 100 orang tetamu atau jemputan untuk lokasi di Selangor, KL dan Johor Bahru.

"Kalau berminat boleh terus hantar mesej langsung ke Instagram @bizmilla_wedding_centre atau layari www.bizmillacatering.com," katanya.

Syarikatnya sehingga kini juga telah menguruskan hampir 7,000 majlis kahwin dari tahun 2013.

Disiarkan pada: January 26, 2022 @ 10:15am
d