pks

Tumpuan bantu wanita

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Cyberjaya: Qasz Genius Enterprise komited membantu golongan wanita terjejas pendapatan menerusi produknya, Dalseo serum pertama di Malaysia yang menggunakan retinol dengan modal serendah RM89.

Pengasas Dalseo, Nur Qasrina Adni berkata, pihaknya memfokus golongan suri rumah serta wanita bekerjaya bagi membantu mereka menjana pendapatan sehingga lima angka.

"Kami yakin dapat membantu kerana selain mempunyai produk berkesan menghilangkan jeragat dan kulit kusam, syarikat juga membina sistem pemasaran mudah di mana ejen tidak perlu pegang stok atau mengeluarkan modal besar.

"Selain itu, kami syarikat tempatan pertama yang menggunakan retinol dalam produk dan berstatus halal di kilang Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan ramai pengguna berpuas hati selepas menggunakan Dalseo.

"Tahun ini kami menyasarkan 5,000 ejen dan stokis yang dilantik daripada pengguna Dalseo dan menyasarkan menjual lebih 20,000 unit produk bagi pasaran Malaysia.

"Menjelang 2023, syarikat jangka menembusi pasaran Indonesia dan Singapura berikutan sudah mendapat permintaan," katanya.

Katanya, melalui Dalseo pihaknya percaya dapat bersaing setanding produk antarabangsa lain di pasaran dan mengetengahkan penjagaan kulit berstatus halal.

Pihaknya bersedia memberi bimbingan kepada mereka yang serius menjana pendapatan sampingan bersama Dalseo seterusnya diberi latihan sehingga mempunyai kemahiran menjual dan memimpin.

"Kami membangunkan jenama Dalseo dengan misi menyelamatkan orang ramai daripada produk kosmetik timbang kilo," katanya.

Usahawan PKS dijemput menyertai komuniti sokongan perniagaan dan mendaftar sebagai AhliUSB di www.omniausb.com.my atau hubungi 013-7172858.

Disiarkan pada: February 14, 2022 @ 7:36am
d